Wednesday, August 19, 2015

KURSUS TEKNIK PENGAUDITAN - DAY 2 , 12 OGOS 2015

Hari kedua di dalam Kursus Teknik Pengauditan, para peserta dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Mereka diberikan pendedahan tatacara pengauditan, kriteria-kriteria yang perlu diambil kira dan jadual pemarkahan EKSA.



Pembahagian kumpulan-kumpulan kecil juruaudit dalaman.

Seterusnya, kumpulan-kumpulan kecil ini bergerak menjalankan 'misi' mengaudit di beberapa bahagian di dalam hotel ....




Audit EKSA di sekitar hotel.

Dan di akhir kursus, peserta diminta membentangkan penemuan-penemuan audit mereka....




Terima kasih yang tidak terhingga kepada Champion EKSA, Encik Hashim bin Borham dari Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Melaka atas tunjuk ajar beliau sepanjang kursus dijalankan.
Terima kasih daun keladi, ada masa ajarlah kami lagi....




Tuesday, August 18, 2015

KURSUS TEKNIK PENGAUDITAN - DAY 1 , 11 OGOS 2015

Bagi menambahkan kefahaman kepada para juruaudit dalaman, MBMB telah menganjurkan Kursus Teknik Pengauditan kepada juruaudit dalaman EKSA MBMB pada 11 & 12 Ogos 2015. 


Kursus diadakan di Hotel Avillion Legacy, Melaka dan seramai 32 orang juruaudit dalaman termasuk jawatankuasa pemandu EKSA turut menghadiri kursus ini.