Friday, November 24, 2023

Mesyuarat Penutup Audit Dalaman EKSA

Mesyuarat Penutup Audit Dalaman EKSA telah diadakan di Anjung Makmur , MBMB pada 23 Nov 2023. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB dan dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan dan Unit, Pegawai-pegawai Kanan serta barisan auditor dalaman MBMB.

Audit Dalaman ini adalah bagi persediaan Audit EKSA yang akan dilaksanakan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Ketua Menteri Melaka setelah 2 siri audit dijalankan.